Backgrounds by MyCuteGraphics.com
-->

Sunday 16 October 2011

GUYS ! u should knoww laa.


CHAKK ! ! !




hai haii ! oke, today yg share something yg agk menarikk.

meh tgkk meh . terutama LELAKI   ! 
asyk gegurl je kena tau pasl lelaki , ne acii . 

jom TERJAH sket fakta mengenai PEREMPUAN . 



1- Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2-Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3-Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.


4- Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, 
dia akan cair seperti coklat!!

5-Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

6-Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

7-Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

8-Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

9-Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

10-Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

11-Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

12-Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

13-Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

14-Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

15-Perempuan benar-benar benci kalau mereka dibohong. Jadi, jika anda benar-benar ingin berbohong pada si dia,  pastikan bahawa anda tidak akan ditangkap. Tidak kira sama ada anda berbohong mengenai penampilannya, keserasian anda, bekas kekasih anda atau keluarganya, selagi anda rasa anda telah berbohong, hati-hati! Kerana jika anda tertangkap, tidak akan ada jalan keluar.

16-Perempuan selalu mengambil serius perbuatan berbanding kata-kata. Jadi jika anda benar-benar ingin menawan hati si dia, lakukan sesuatu yang menunjukkan padanya bagaimana perasaan anda, bukan hanya tahu cakap kosong.

17-Biasakan untuk meminta maaf, kerana sama ada anda melakukan sesuatu yang salah atau tidak, anda perlu juga meminta maaf. Perempuan sukakan lelaki yang pemaaf, dan mereka tak boleh hidup dengan lelaki yang tak tahu meminta maaf.

18-Anda kena faham bahawa bukan semua perempuan mempunyai perangai yang sama. Jadi jangan terlalu cepat membuat keputusan bahawa semua perempuan adalah sama terutama apabila anda putus cinta. Ini adalah salah satu fakta utama tentang perempuan yang perlu setiap lelaki tahu.

19-Apabila berbincang mengenai soal hadiah, perempuan lebih menyukai sesuatu yang bermakna daripada  harganya. Ini kerana perempuan sukakan sesuatu yang ikhlas dan menunjukkan bahawa anda telah cuba menawan hati si dia dengan cara yang berbeza.

20-Ini kerana perempuan suka bergosip. Ini adalah satu-satunya cara mereka dapat menghiburkan diri mereka sendiri ketika mereka bersama-sama dengan kawan.


oke, tu lahh antara faktanye kan . maybe ade yg bersetuju dan tak dengan fakta ni .
nama pon fakta, btol laa kot ! heee . 



awww ! comel gilaaa kucing ni kan . pndai pose !




oke ! nak interframe jugakkk ! =)

thanks yar !

tata !



*sukenyee . 



No comments: